Isnin, 14 November 2011

Penyusuan : Mengapa saya mengambil supplement

Apabila bercakap tentang milk booster atau produk tambah susu badan dan dikaitkan pula dgn Shaklee.. kadang boleh membawa konflik jugak.. isu supplemen, penyusuan susu ibu, milk booster.. bla bla.. sampai ke sudah takkan habis selagi ibu itu sendiri kurang faham dgn konsep asas penyusuan..

Apa dia konsep asas penyusuan? Konsep asas adalah supply vs demand..lebih kerap payudara dikosongkan,lebih byk susu terhasil..Akan tetapi si ibu juga kene ingat.. faktor2 seperti kena jaga pemakanan (diet seharian menepati piramid makanan), rehat yg cukup, tubuh yg sihat, bebas dari stress, pengambilan air yg cukup, makanan rohani (doa yg tak pernah putus pada Allah ..Istiqamah). juga perlu di ambil kira. Itu semua gabungan yg balance utk menjayakan penyusuan selama 2tahun insyaAllah.... Kita taknaklah susu byk tapi di penghujung hari si ibu pengsan la plak karang tak cukup tenaga nak layan mcm2 kerenah,dan taknaklah juga nnt let say selepas 2tahun berjaya menyusu tapi si ibu kelihatan tua dari umur sebenar.. sakit pingganglah,sakit gigi lah,stress lah, masalah kedinginan, bla bla bla.

Kesimpulannya, vitamin bukan milk booster, Vitamin ni hanya membantu si ibu kekal sihat, bertenaga,awet muda, berseri.. dan yg penting ia memenuhi ruang kosong yg badan perlukan (vitamin, garam ,mineral).. Dan vitamin juga memperkayakan lagi nutrisi susu ibu yg semulajadi kaya dgn zat2.

Itulah sebabnya mengapa saya mengambil vitamin SHAKLEE..saya tahu saya tidak mengamalkan makanan yang seimbang..tetapi saya inginkan susu yang berkualiti untuk anak daya dalam menjayakan penyusuan sehingga 2 tahun...Apakah yang telah saya rasa setelah saya mengamalkan vitamin ini???..Marvelous...kalau saya tahu lebih awal, saya akan mulakan dari dulu lagi...So, pilihan terletak ditangan anda...
_______________________
Disini saya sertakan sedikit info mengenai vitamin2 glamor ini...demand tinggi di kalangan ibu menyusu.. sehingga ada yg memanggilnya produk tambah susu badan.." produk tambah susu badan?" bukan saya yang kata yer...yg saya kata suplemen Shaklee cume mempercepatkan penghasilan susu ibu dgn syarat kerap pam,jaga makan,rehat,doa,pengambilan air.. blabla.. semua kene balance...... Hmm.. well.. anda nilaikan sendiri....
http://4.bp.blogspot.com/_YzXbZ8ZFuQI/TFzIeenU1WI/AAAAAAAAAtw/Q216pX7BEOo/s320/vitaLea.gif
Vitalea~lengkap dgn zat besi.Ianya diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Ia dapat Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh dan Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjqAs_a8GBM6XsFsNDkmCImlka3J2fPSwcwKbveIMg8e4GYSKTi1ZvaCvLawGfaxXp3zC6SuFAo_vQZ0HNZxI5B0StBnQJ3G6KXB9fhLejb2qAAMyTXMNQo1-Dg0Wmm-B1ycV10hyphenhyphen_O1_-H/s1600/bComplex.gif
Vitamin B-Complex menyokong fungsi saraf dan menukarkan tenaga dari makanan. Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh
http://healthy.babykawaiistore.com/wp-content/uploads/2011/06/vitaC500mg.gif
Vitamin CVitamin C merupakan bahan antioksida berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Utk kulit yang cantik, anda perlukan Vitamin C
http://i1.lelong.com.my/Malaysia/Shaklee-Energizing-Soy-Protein-Canister-850g-1002-13-btakyew@1.jpg
ESP (Energizing soy protein) – Tubuh manusia tidak mampu menghasilkan semua asid amino yang diperlukan. Sedangkan asid amino ni penting utk pembentukan enzim, hormon, tisu dan sel. Shaklee ESP membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amino Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIZmYbND9fCGC-OgLyZMmNecfrWe-aGQBeccVXqdDddpwFgaL6QHUtiulOhZ5KRIFu6Z2dVnG-JCKv0fBFk1_E8iZHHMYvH9fTKNPKVJAdK0LECjZw_Ke6xqwxsjpfQBVyTDjv58UJ4V4/s1600/Image15236829.jpg
Ostematrix (Calcium Magnesium) – diperlukan untuk menyokong pertumbuhan tulang dan gigi dan juga mengurangkan risiko osteoporosis
http://www.my1stop.com.my/phpthumb/phpThumb.php?src=../catalogue/photos/11473.jpg&w=285&q=100
Alfalfa adalah galactagogue yg turut membantu menggalakkan penghasilan susu ibu secara natural dan alfalfa juga berfungsi utk keintiman wanita.
________________________________________________________

Soalan terakhir, set penyusuan yg mana yg sesuai utk anda?



credit

Rabu, 2 November 2011

Tempoh menyusukan bayi

Mengenai lama waktu menyusukan anak, yang tentunya dilakukan untuk kepentingan sama ada anak mahupun ibu, sesungguhnya telah ada ketentuan dari  Allah SWT, sebagaimana firman-Nya:



Ertinya:

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.

(Al-Baqarah, 233)
Namun demikian, pembatasan masa menyusukan anak dalam 2 tahun ini,  juga tidaklah dapat dinyatakan sebagai ketentuan wajib yang mutlak. Tetapi ditujukan bagi para ibu yang ingin menyempurnakan penyusuan anaknya itu.

Menerusi ayat ini, maka nampak semakin jelas bahawa, batas waktu menyusukan anak yang 2 tahun itu, bukanlah ketentuan wajib mutlak, namun semata-mata sebagai pedoman untuk menghindari timbulnya perselisihan antara suami dan isteri mengenai lamanya waktu menyusukan anak. Jadi, jika ayah menghendaki agar anaknya disapih sebelum mencapai usia 2 tahun, sedangkan ibunya tidak setuju, maka hendaknya perbezaan itu tidak membuat mereka berselisih. Atau dengan kata lain, keputusan untuk menyapih anak sebelum berusia 2 tahun, tidak boleh sepihak, tapi harus merupakan hasil mesyuarat mufakat.
Kemungkinan penyapihan anak sebelum berusia 2 tahun,memang boleh saja terjadi, lantaran misalnya, ibunya merasa bosan dan lelah dalam melakukan kegiatan menyusukan anaknya. Atau boleh pula kerana ayahnya menghentikan pembayaran upah menyusukan anaknya (bagi mereka yang diupahkan).
Keinginan dari kedua orang tua (ibu bapa) untuk menyapih anaknya sebelum genap berusia 2 tahun itu, hendaknya perlu dipertimbangkan secara matang, supaya tidak membawa kesan negatif bagi pertumbuhan dan kesihatan anak. Selain itu, penyapihan anak sebelum berusia 2 tahun, hendaknya hanya dilakukan dengan pertimbangan dan alasan yang tepat dan tidak semata-mata untuk kesenangan kedua orang tuanya. Ada baiknya jika rancangan menyapih bayi itu disampaikan terlebih dahulu kepada pihak ketiga (misalnya ulama atau doktor) untuk meminta pertimbangan mereka, agar akibat yang timbul dari keputusan menyapih itu kelak, dapat dipertanggung jawabkan dari segala segi.

Oleh sebab itu, Imam Ibnu Katsir berpendapat bahawa; “Jika keputusan menyapih anak sebelum 2 tahun itu merupakan hasil mesyuarat dari kedua orang tua dengan pihak lain yang lebih memahami, di mana keputusan semata-mata untuk kepentingan bayinya, maka boleh dilakukan. Namun jika antara kedua orang tua itu sendiri belum ada kata sepakat, hendaknya menyapih anak sebelum berusia 2 tahun itu, jangan dilakukan. Lantaran memberikan sesuatu yang terbaik untuk anak, merupakan kewajipan dari kedua orang tua anak tersebut. Jadi keputusan menyapih anak sebelum berusia 2 tahun, harus disokong bersama”.
Pendapat Ibnu Katsir ini, juga disokong oleh antara lain Imam Al Sauri dan Imam lainnya.
Begitu adil dan bijaksana serta sempurnanya berbagai petunjuk Allah SWT kepada manusia, dalam hal merawat dan melindungi bayi mereka yang memang tidak berdaya itu, sehingga diharuskan kepada kedua orang tua untuk memenuhi beberapa syarat tertentu sebelum memutuskan menyapih anaknya. Dan hanya jika syarat-syarat tersebut telah mereka penuh,maka barulah Allah SWT menyatakan “tidak berdosa bagi keduanya” (Al Baqarah: 233). Yang dengan kata lain, Allah SWT baru mengizinkan perbuatan menyapih bayi kedua orang tua itu,walaupun belum genap berusia 2 tahun.

Selain itu, ayat tersebut juga menunjukkan sisi lain dari kewujudan manusia yang sesungguhnya. Yakni bahawa, kemampuan manusia itu sangatlah terhad, baik fizikal mahupun akal dan fikirannya. Sehingga dalam keadaan yang seperti itu, manusia memang selalu memerlukan taufik dan hidayah Allah SWT untuk menyempurnakan keterbatasannya itu, supaya keselamatan manusia tetap terpelihara selamanya, dengan adanya jaminan perlindungan kehidupan pada anak keturunannya (bayi).

Yang menarik, ada lagi satu pendapat dari Ibnu Abbas yang menyatakan bahawa; “Bagi wanita yang melahirkan anank setelah mengandung 6 bulan, maka wanita itu harus menyusukan bayinya selama 2 tahun penuh. Sedangkan jika mengandungnya 7 bulan, maka ia harus menyusukan bayinya selama 23 bulan.
Pendapat Ibnu Abbas itu bertitik bertolak dari firman Allah SWT:

Ertinya:
”Mengandungya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan.”
(Al Ahqaaf: 15)

Menurut pendapat beliau, ayat ini menjelaskan 2 masa yang harus dilalui oleh setiap ibu yakni, masa hamil dan masa menyusukan bayi, yang lamanya atau jumlah waktu dari kedua-dua masa itu adalah 30 bulan. Oleh itu, lama waktu dari salah satu masa tersebut, akan mempengaruhi lama waktu masa yang lain. Ertinya, jika seorang ibu mengandung anaknya dalam waktu yang lama, maka masa menyusukan anaknya kelak akan menjadi singkat. Begitu pula sebaliknya, jika masa mengandung anaknya relatif cepat, maka masa menyusukan anaknya menjadi panjang. Yang jelas, jumlah waktu dari kedua-dua masa tersebut harus 30 bulan.

Namun demikian, tidak semua ulama fiqh sependapat dengan Ibnu Abbas, lantaran menurut mereka; kedua-dua masa itu telah lazim diketahui,agar sempurna susuan setiap anak yang dilahirkan.
Sedangkan menurut Imam Al Qurtubi; masa menyusui yang disebut dalam Al Qur’an; dua tahun itu, tidak selalu bererti 2 tahun penuh, atau 2 tahun mutlak. Akan tetapi, ertinya kurang lebih 2 tahun. Jadi, boleh 2 tahun penuh dan yang lain sebahagian saja, kerana apabila orang berkata: “Saya tinggal bersama si Fulan selama 2 tahun”. Yang dimaksud biasanya,1 tahun lebih beberapa bulan saja.

Dari berbagai hujah tersebut di atas, maka dapat diambil kesimpulan bahawa, perintah Allah SWT dalam Al-Qur’an agar ibu menyusukan anaknya, bukan perintah yang mutlak wajib. Namun, semata-mata merupakan rahmat Allah untuk kemaslahatanibu dan anak, atau dengan kata lain ditujukan untuk menjaga berbagai kemungkinan gangguan kesihatan ibu dan anak.

Dengan demikian, apabila dalam menyusukan anaknya, seorang ibu merasa mendapat kesulitan, halangan atau mudarat,maka kegiatan menyusukan anak tersebut boleh ditunda, diberhentikan atau diberikan kepada wanita lain yang mahu menerima upah menyusukan.

credit

Isnin, 24 Oktober 2011

KOLOSTRUM : Cecair bernilai EMAS






Engkau dah beranak nanti, mesti buang susu awal yang basi tu tau, nanti anak kau pula yang sakit, pesan Halimah kepada anaknya yang bakal melahirkan anak sulung kelak.
“Eh, hari pertama tu kau dah ada susu ke? Aku sampai hari ketiga baru susu keluar. Terpaksalah aku bagi anak aku susu tepung sementara menunggu tu keluh Aina pula kepada rakan karibnya Maryam.
“Kenapa ye, hari kedua bayi aku lahir, aku perah susu tu warna kuning? Bukan susu patut warna putih ke? Elok ke bagi kat bayi aku tu?” Soal Lina bertalu-talu kepada Husna. Risau benar dia.
Sesungguhnya, apa yang dibualkan di atas adalah persoalan-persoalan yang sering diajukan oleh ibu- ibu muda. Malah, terdapat pelbagai lagi mitos yang diutarakan mengenai cecair kuning yang pekat dan melekit ini.
Cecair yang dimaksudkan adalah kolostrum atau susu yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.
Apakah sifat -sifat cecair yang amat istimewa ini? Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar darah putih oleh sesetengah pakar kanak -kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A.
Apakah pula kepentingan kolostrum ini? Benarkah pandangan warga dahulu kala yang mengatakan kolostrum ini sebagai susu basi? Tidak sama sekali, malah pelbagai kajian telah dilakukan dan kesemua kajian ini bersetuju bahawa kolostrum dapat memberikan perlindungan maksimum kepada bayi dari sebarang jangkitan. Oleh kerana ia juga bersifat laksatif, ia dapat mempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan di antara faktor utama terjadinya jaundis (demam kuning). Kolostrum yang mengandungi banyak Faktor Pertumbuhan ini juga dapat mematangkan usus dan seterusnya dapat mengurangkan risiko alergi. Ia turut dapat mengurangkan kesan penyakit dan kandungan vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata pada bayi. Ini amat bersesuaian sekali dengan firman Allah yang bermaksud:

“Pada kejadian kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang melata yang bertebaran, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah), bagi kaum yang meyakininya.(Al-Jathiyah: 4).”
Begitu juga dengan firman Allah swt dalam surah az-Zariyat ayat 20 dan 21 yang bermaksud,
Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin. Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?”.
Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Immunoglobulin A (SIgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan (sistem imuniti) untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus. SIgA adalah sejenis antibodi yang terdapat di dalam kolostrum dengan jumlah yang sangat tinggi. Kira-kira 80-90% daripada immunoglobulin di dalam kolostrum dan susu adalah terdiri daripada jenis SIgA. Kepekatannya boleh meningkat setinggi 12g/L di dalam kolostrum dan serendah 1g/L di dalam susu matang. Sebaliknya, disebabkan proses-proses yang perlu dilakukan ke atas, susu formula tiada langsung mengandungi SIgA.
Seorang bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif akan mendapat kira-kira 125mg/kg/hari SIgA pada umur sebulan, dan lebih kurang 75mg/kg/hari ketika berumur 4 bulan. Walaupun kepekatan SIgA di dalam kolostrum menurun dengan drastiknya dalam masa beberapa hari selepas kelahiran, tetapi dalam pada masa yang sama jumlah susu ibu turut meningkat dengan tingginya. Oleh itu jumlah total SIgA adalah hampir kekal sepertimana di awal kelahiran.
Manakala paras SIgA di dalam susu ibu yang melahirkan bayi pramatang adalah lebih tinggi berbanding dengan susu ibu yang melahirkan bayi matang. Bayi pramatang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit-penyakit yang berbahaya seperti Necrotizing Enterocolitis (NEC), sepsis, meningitis dan jangkitan virus. Kandungan antimikrob seperti immunoglobulin yang tinggi di dalam susu pramatang akan membantu untuk melindungi bayi pramatang daripada penyakit- penyakit tersebut.
Para saintis sudah membuktikan bahawa antibodi jenis SIgA dapat melawan pelbagai jenis bakteria, terutamanya bakteria yang berasal dari sistem usus bayi. SIgA adalah sejenis antibodi yang stabil dan berdaya tahan terhadap enzim proteolitik (enzim pemecah protein) di dalam perut, berbanding dengan antibodi jenis lain. Ketika bayi sedang menyusu, antibodi yang terdapat di dalam susu ibu ini akan bergerak masuk ke dalam saluran perut dan usus. Di dalam perjalanan itu, ia akan bergabung dengan mikrob-mikrob yang terdapat pada membran mukosa (sejenis lapisan yang melapisi sistem usus). Dengan itu, ia dapat menghalang mikrob daripada melekat pada sel-sel usus. Proses pelekatan mikrob pada sel usus merupakan langkah pertama untuk berlakunya sebarang jangkitan kepada bayi. Dengan itu, SIgA berfungsi sebagai salah satu sistem pertahanan bayi yang utama untuk melawan jangkitan usus. Maha Suci Allah, ciptaanNya amat hebat dan tidak mampu disaingi oleh mana-mana ciptaan manusia. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Firman Allah yang bermaksud:
“Yang telah menciptakan (sekalian makhluk-Nya) serta menyempurnakan kejadiannya.” (Al-A’la : 2)”
Kajian - kajian klinikal telah menunjukkan bahawa SIgA yang terdapat di dalam susu ibu mampu untuk melawan kuman seperti Vibrio cholerae (kuman untuk penyakit taun), enterotoksigenik E. coli, Campylobacter, Shigella dan Giardia lamblia. Kuman- kuman tersebut biasanya yang menyebabkan keracunan makanan pada manusia. SIgA mampu melindungi bayi daripada serangan cirit-birit yang disebabkan oleh kuman-kuman tersebut. Begitulah istimewanya SIgA yang hanya terdapat di dalam susu ibu.
Tidak dinafikan juga, susu ibu terutamanya kolostrum merupakan immunisasi pertama & terpenting bagi setiap bayi. Ketika bayi masih di dalam rahim ibu, dunia bayi adalah dunia yang selamat, bersih dan tidak tercemar oleh sebarang kuman mahupun jangkitan. Ini kerana rahim ibu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada bayi yang masih lemah. Rahim ibu bolehlah dianggap sebagai kawasan vakum yang tidak boleh dilolos oleh sebarang kekotoran. Namun, sebaik sahaja bayi dilahirkan, dunia kecilnya yang selamat itu telah bertukar menjadi sebuah dunia yang amat luas dan penuh dengan pancaroba kuman dan jangkitan.
Allah swt itu Maha Kaya dan Maha Pencipta. Dicipta-Nya kolostrum (susu awal ibu) dengan hikmahnya yang tersendiri. Kolostrum merupakan sumber pertahanan yang terpenting bagi bayi yang baru lahir. Ia mengandungi antibodi dan sel-sel hidup yang mampu menyelamatkan bayi sebelum diberikan imunisasi formal (BCG, DPT, vaksin polio dan lain-lain). Inilah merupakan satu contoh sumber bukan nutrisi yang hanya terdapat di dalam susu ibu. Benarlah firman Allah swt yang bermaksud,
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)?. (surah at-tin: 4)”
Fisiologi jumlah isipadu kolostrum
Jumlah total kolostrum pada 24 jam pertama selepas lahir adalah sedikit (dipetik dari Riordan, 2005), tetapi sebenarnya jumlah ini sudah mencukupi untuk bayi itu. Secara puratanya hanya 37 ml kolostrum dihasilkan dalam satu hari (24 jam), dengan julat dari 7 hingga 123 ml, bergantung kepada penghasilan pada seseorang ibu tersebut. Jumlah ini semakin bertambah secara beransur- ansur dalam 36 jam pertama dan ia akan bertambah secara mendadak dalam 49-96 jam berikutnya. Pada hari kelima, jumlah isipadu total akan mencapai 500 ml / sehari. Jumlah ini seterusnya semakin meningkat ke 750 ml / sehari dalam selang masa 3 hingga 5 bulan penyusuan secara eksklusif. Apabila bayi mencapai umur 6 bulan, purata pengambilan susu adalah 800 ml / sehari.
Berdasarkan jumlah kolostrum pada 3 hari pertama kelahiran, ramai ibu merasa risau dan berpendapat bahawa susunya tidak mencukupi untuk bayi itu. Tidak ramai yang mengetahui bahawa jumlah yang sedikit (37 ml) itulah sebenarnya yang hanya diperlukan oleh bayi. Itulah sejumlah yang kecil untuk keperluan dan saiz perut yang kecil. Sesungguhnya persoalan susu tidak cukup pada hari ? hari pertama kelahiran adalah tidak wajar diutarakan. Jika ibu itu mengharapkan susunya mengalir mencurah-curah sehingga 500ml pada hari pertama, memanglah mustahil. Ini kerana bayi yang masih kecil itu tidak memerlukan jumlah susu yang banyak pada mulanya. Indah sungguh ciptaan Mu ya Allah. Kau jadikan sesuatu itu cukup berdasarkan keperluannya. Tidak lebih dan tidak kurang. Mengapa masih ramai yang ragu dengan ciptaan-Mu yang satu ini? Sedangkan Kau juga telah berfirman yang maksudnya:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (surah Luqman: 14).
Maka yakinlah, jika seseorang ibu itu mampu mengandung dan melahirkan anaknya, maka mengapa pula dia tidak mampu menyusukan anak itu dengan susunya sendiri?
Antara tips-tips yang penting untuk memastikan bayi mendapat kolostrum dengan secukupnya pada hari-hari awal kelahiran adalah dengan meletakkan bayi kepada ibu dengan sentuhan kulit ke kulit sebaik sahaja bayi dilahirkan. Seterusnya, usahakan agar bayi dapat menyusu dengan baik dan melekap dengan betul di payudara. Ini penting agar proses stimulasi dapat berlaku dengan lancar di samping dapat mengeluarkan kolostrum dari payudara dengan efektif. Jika ibu tidak mahir, maka segera dapatkan bantuan dari doktor, bidan ataupun jururawat yang bertugas. Antara tips- tips lain yang tidak kurang pentingnya adalah, sentiasa susukan bayi pada bila-bila masa sahaja yang dia mahu. Biarkan bayi bersama ibu sepanjang masa (rooming in) dan elakkan dari bayi dibiarkan di bilik bayi atau nursery? ketika berada di hospital. Rooming in amat penting agar ibu sentiasa memantau keadaan bayi dan segera menyusukannya bila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu. Ia juga penting untuk mengelakkan kes jangkitan silang (cross infection) yang mungkin berlaku kepada jika bayi ditinggalkan di bilik bayi. Susukan bayi dengan susu ibu sahaja dan elakkan pemberian air lain seperti air kosong, air teh, air glukos mahupun susu formula. Dengan itu, bayi akan mendapat kebaikan susu ibu sepenuhnya tanpa dicemari oleh alternatif lain.
Sewajarnya setiap ibu haruslah memberikan bayi mereka kolostrum yang sangat berkhasiat itu demi kesihatan dan pertumbuhan bayi yang tercinta. Sesungguhnya kasih ibu sentiasa padu dan salah satu caranya untuk membuktikan kasih itu adalah dengan memberikan nutrisi yang terbaik untuk anak -anak. Dan sesungguhnya, tiada nutrisi lain yang sebaik dan seistimewa susu ibu. Hapuskanlah kerisauan mengenai mitos-mitos yang menyelubungi kolostrum ini kerana sesungguhnya setiap ciptaan yang Allah jadikan itu adalah yang sebaiknya untuk umat manusia.

credit

Keberkatan Susu Badan

AMALAN penyusuan susu ibu sering dikaitkan dengan budaya tradisional oleh ibu yang mendakwa diri mereka lebih moden. Pelbagai tanggapan negatif dilemparkan mengenai amalan penyusuan itu dengan menyatakan kaedah itu menyebabkan susuk bentuk badan berubah dan akan kelihatan tidak menarik.
Malah, ada yang mempunyai persepsi memberi susu formula lebih mudah kerana terikut-ikut aliran trend moden yang ingin menjimatkan masa. Tidak kurang juga ada segelintir ibu yang kurang yakin pada diri sendiri untuk menyusukan anak mereka lantaran bimbang payu dara menjadi sakit, bengkak atau menjadi kendur.
Betulkah semua tanggapan sedemikian? Sebenarnya payu dara wanita adalah anugerah Allah yang amat istimewa kerana dapat membekalkan susu untuk anak-anak mereka. Kaedah penyusuan susu badan mengandungi hikmah cukup besar kepada ibu dan anak. Ketahuilah penyusuan itu bukan saja digalakkan dalam Islam malah hal itu diakui pakar pemakanan dan kesihatan yang menyatakan susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi. Hakikatnya pada tahap awal pembesaran seseorang bayi, mereka sangat memerlukan khasiat pemakanan yang baik dan sesuai untuk menghindari sebarang penyakit. Susu ibu mempunyai antibodi yang utama untuk melindungi bayi daripada jangkitan kuman, virus dan bakteria terutama pada bahagian usus dan paru-paru bayi itu. Pemberian susu badan adalah yang terbaik kerana ia sesuai dengan sistem pencernaan bayi. Atas faktor itulah kita dapati bayi yang menyusu badan akan meminum susu lebih kerap berbanding bayi yang meminum susu formula. Hal ini disebabkan susu ibu itu mudah hadam. Ibu seharusnya menyedari seseorang bayi secara fitrahnya tidak dapat menerima makanan yang keras kerana keadaan sistem penghadaman mereka belum mencapai tahap matang.
Justeru, susu ibu lebih sesuai dan berkesan untuk bayi mereka kerana lebih halus dan lembut. Satu faktor yang ibu harus fahami ialah menyusukan bayi dengan susu sendiri dari segi psikologi akan memberi kesan positif pada pertumbuhan dan perkembangan mental. Hal itu diakui oleh pakar Barat yang mengkaji kebaikan susu ibu. Sekumpulan penyelidik dari Adelaides Flinders Medical Centre, Amerika Syarikat melaporkan bayi yang diberi susu ibu 40 peratus lebih cerdas berbanding bayi susu formula. Ini membuktikan susu ibu dianugerahkan Tuhan untuk bayi sepatutnya diambil peluang sepenuh oleh ibu. Susu ibu sangat berkesan untuk perkembangan otak bayi kerana terdapatnya kandungan DHA, iaitu sejenis asid lemak yang mampu bertindak meninggikan tahap perkembangan mental bayi.
Dengan itu dapat difahami jika seseorang bayi menyusui dada ibu lebih kerap dan dalam tempoh yang lama, tentu akan memberi impak positif kepada pertumbuhan dan perkembangan mental. Keadaan ini bersesuaian dengan kehendak Islam yang sangat menggalakkan ibu menyusui bayi mereka.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud: Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bayi yang ingin menyempurnakannya. Maksud intipati ayat itu ialah satu kewajipan buat ibu menyusui bayi mereka dan seharusnya menyempurnakan hak bayi untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu.
Susu ibu juga pengikat kasih sayang antara ibu dan bayi. Dengan belaian mesra, pelukan erat dalam dakapan ibu akan mengalirkan unsur kasih sayang sejati yang tiada taranya antara ibu dan bayi. Bayangkan, dalam kenikmatan yang tidak ternilai yang dialami bayi semasa proses penyusuan membuatkan bayi itu terlena. Malah, bayi berasa aman, selamat dan harmoni dalam dakapan seorang ibu semasa meminum susu ibu mereka. Indahnya anugerah Allah.
Ibu seharusnya bangga dapat menyusukan anak-anak mereka kerana inilah darjat ketinggian seorang ibu yang dianugerahkan Allah yang tidak dikurniakan kepada golongan bapa. Apa tidaknya, kerana susu yang diminum oleh bayi mereka bukan saja sebagai tali pengikat kasih sayang yang luhur murni malah menjadi komponen asas proses pembesaran bayi. Disebabkan itulah dalam Islam mewajibkan seorang anak itu sentiasa menghormati dan menjaga ibu mereka sebagai tanda kasih sayang dan terhutang budi membesarkan mereka.
Firman Allah dalam Surah Al-Isra ayat 17-23 yang bermaksud: Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang antara kedua-duanya sampai lanjut dalam pemeliharaanmu, maka jangan sekali-kali kamu mengatakan kepada kedua-duanya ah dan janganlah kamu membantah, menengking dan menyergah mereka dan ucapkanlah perkataan yang mulia. Alangkah murninya suruhan Allah kepada kita semua dan betapa mulianya darjat kedua-dua ibu bapa kita di sisi Allah.
Namun demikian kita amat sedih membaca laporan Kementerian Kesihatan yang dikeluarkan pada 2008 menyatakan budaya penyusuan badan di kalangan ibu di Malaysia kini berada pada tahap sangat rendah, iaitu hanya 14.5 peratus daripada mereka yang mengamalkan kaedah itu kepada bayi sehingga berumur enam bulan. Masalah itu berpunca daripada kejahilan mengenai nilai susu badan, kurang sokongan anggota keluarga dan kaki tangan penjagaan kesihatan serta kembali bekerja sebaik saja tamat tempoh cuti bersalin yang diwajibkan. Menurut laporan itu lagi, faktor lain ialah kesan atau pengaruh iklan komersial makanan bayi yang menggambarkan seolah-olah ia sama manfaatnya dengan susu ibu.
Sehubungan itu, kementerian sudah mengambil beberapa langkah untuk mengatasinya. Antaranya ialah merangka kod etika produk formula bayi yang berkuat kuasa pada Ogos tahun lalu bagi melindungi, mempromosi dan menyokong amalan penyusuan susu ibu. Ini adalah langkah tambahan daripada apa yang pernah dilaksanakan pada 1979 yang didapati kurang berkesan. Antara lain Kod Etika Produk Formula Bayi itu memberikan garis panduan yang jelas untuk mengawal promosi yang kompetitif dan mengelirukan golongan ibu. Tujuan utama kod berkenaan ialah untuk memastikan pekilang dan pengedar agar jangan memasar, mempromosi atau mengiklankan produk dalam cara seolah-olah mencabar atau menggambarkan mengatasi mutu dan kualiti terbaik susu ibu.
Sudah tentu langkah kementerian itu kena pada masanya dan sangat berkesan dalam mendidik wanita mengenai kelebihan susu ibu. Sedarilah ibu bahawa penyusuan susu ibu bukanlah sesuatu yang sukar dilakukan dan tidak langsung mendatangkan kesan sampingan kepada diri ibu dan bayi malah menjadi sumber pemakanan terbaik. Gunakanlah anugerah Allah itu sebaik mungkin kerana susu ibu sesuai sepanjang zaman. Binalah keberkatan membesarkan anak-anak dengan memberi susu sendiri. Menepati kehendak agama dan berkhasiat menurut kajian saintifik.

credit

Risiko bayi dan kanak-kanak minum susu formula


Dibandingkan dengan susu ibu, susu formula  hilang banyak perkara yang bayi perlukan untuk kuat, sihat dan cerdas. Tahukah anda:
Bayi yang minum susu formula mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat:
  • Jangkitan telinga
  • Cirit-birit / sembelit
  • Pneumonia (radang paru-paru)
  • SIDS (Sudden Infant Death Syndrome) – Sindrom Kematian Bayi Mendadak
Kanak-kanak yang diberi susu formula mempunyai risiko yang lebih besar untuk:
  • Obesiti (menjadi gemuk)
  • Diabetes
  • Asma dan alergi
  • Kanser
credit

Khamis, 20 Oktober 2011

Tips untuk meningkatkan hasil tenusu

1. Dapatkan pam yg bersesuian yg dapat membantu menjimatkan masa dan selesa digunakan.
2. Periksa sekiranya pam anda mempunyai masalah sedutan atau sebagainya yg membuatkan susu semakin kurang
3. Kerapkan penyusuan atau mengepam setiap 1 1/2 jam atau 2 jam sekali. Jika perlu buat hyperstimulation/power-pumping dgn menggunakan pam yg ada double-pumping
4. Pastikan bayi menyusu pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi berhenti sendiri
5. Tingkatkan masa mengepam spt selepas bayi menyusu tambahkan sesi mengepam sekurang-kurangnya 5-10 minit untuk tujuan stimulasi
6. Bagi bayi dibawah umur 6 bulan, elakkan diberi air masak, formula dan jus buahan utk pastikan bayi terus menyusu badan
7. Ibu disarankan mengambil makanan yang mengandungi protein dan kalsium untuk menghasilkan lebih banyak hasil tenusu
8. Pelbagaikan menu makanan bagi bayi yg telah memulakan solid food jika ibu masih tidak dapat menyediakan jumlah susu yang diperlukan.
9. ibu digalakkan meminum banyak air masak (3 liter sehari) ataupun perbanyakkan makanan yang mengandungi sup.
10. Banyakkan berehat. Jangan asingkan tempat tidur bayi untuk memudahkan penyusuan dan perbanyakkan sentuhan kulit ke kulit untuk menggalakkan bayi menyusu dengan lebih lama
11. Kerap menyusukan bayi. Susukan bayi anda sebelum pergi bekerja dan menyusukan bagi sebaik pulang dari tempat kerja (pesan dengan babysitter untuk tidak memberikan bayi EBM sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda pulang.Cara ini juga dapat menjimatkan EBM)
12. Banyakkan sesi mengepam di pejabat dan di rumah sekiranya bayi telah kenyang.
13. Elakkan memberi bayi botol susu ketika bersama anda. Bayi yang minum melalui botol akan minum lebih banyak kerana pengaliran susu laju berbanding menyusu terus dari ibu.
14. Elakkan apa-apa perkara yang boleh menyebabkan susu drop spt penggunaan pil perancang. Haid juga salah satu sebab susu menjadi kurang, elakkan stress dan sentiasa menjaga kesihatan agar tidak jatuh sakit.
15. Langkah terakhir dengan pengambilan galactagogues. elakkan dari mengambil pil yang mengandungi dadah seperti motilium. GALACTAGOGUE adalah penggalak susu. Salah satu penggalak susu yang famous ialah ALFALFA, fenugreek, SOY PROTEIN dan sebagainya..

Panduan menyimpan EBM dan bagaimana dengan EBM yang telah digunakan

Panduan untuk menyimpan EBM.. berapa lama ia bertahan untuk suhu yg tertentu dan apa yg ibu harus lakukan kat baki EBM yang dah digunakan..jom rujuk jadual ni

Reminder: Use clean containers, and wash your hands with soap and water before expressing. or pumping.

Panduan untuk menyimpan EBM..


Tempat simpanan
Suhu tempat penyimpanan susu
(Fahrenheit)
Suhu tempat penyimpanan susu
(degrees Celcius)
Berapa lama EBM boleh bertahan
Suhu bilik
60 degrees F
15 degrees C
24 jam
Suhu bilik
66-72 degrees F
19-22 degrees C
10 jam
Suhu bilik
79 degrees F
25 degrees C
4-6 jam
Dalam peti sejuk
32-39 degrees F
0-4 degrees C
8 hari
Dalam freezer *yg peti sejuk jenis satu pintu)


2 minggu
Dalam tempat beku (compartment asing..ie peti sejuk dua tiga pintu tu)


3-4 bulan
In a separate deep freeze with a constant temperature(ini yang deep freezer)
0 degrees F
-19 degrees C
6 bulan ke atas


Bagaimana dengan EBM yang dah dibuka atau dipanaskan? selebihnya nak disimpan atau dibuang?.. rujuk jadual ni yer


Type of Milk
Simpan atau buang?
Why
Baki susu (EBM) didalam botol yang dah diminum
Guna untuk next feeding (tapi dalam tempoh masa yang x terlalu lama), otherwise discard(buang)
Bacteria from the baby's mouth may have entered the milk during the feeding. This may lead to bacterial contamination if it sets too long
Susu yang dah dipanaskan
Save in the refrigerator for 24 hours after thawing, then discard. Jangan dibekukan semula
Milk that has been frozen has lost some of the immune properties that inhibit bacterial growth in fresh refrigerated milk.
Susu didalam peti sejuk yang dah berada selama 8hari
Transfer to storage in the freezer, or buang saja
Mungkin masalah pertumbuhan bakteria bukan isunya.. tapi susu tu dah angkut bau2 dan perasa2 luaran dlm petisejuk tu jadi efek kat rasa susu tu.

Selasa, 27 September 2011

Penawar 5 serangkai - Trial Pack Set G

Adakah anda mempunyai penyakit resdung

Adakah anda alah kepada sesetangah makanan, dan menyebabkan anda mudah mendapat alahan, gegata, ekzema, dan kadangkala diserang athma yang teruk?

Mesti anda rasa runsing kan...kalau..
  1. Setiap pagi harus menghadapi bersin yang teruk sehinggakan bukan aje hidung aje berair, mata pun merah-merah berair kerana bersin akibat resdung.
  2. Silap makan sikit dah asyik dok menggaru sana-sini macam kera kena belacan.
  3. Terpaksa berpantang makan sebab risau semput kalau tak jaga makan.
  4. Tengok kulit anak berparut-parut dan merah-merah gara-gara eczema.
  5. Terpaksa buang kahak sepanjang masa sampai rasa perit tekak dan hidung.
Ni baru sikit gejala-gejala masalah ATHMA, RESDUNG, ALERGI, GEGATA dan ECZEMA. Ni baru yang saya biasa nampak. Orang yang mengalami dah tentu lebih runsing.



pic courtesy of Google Pic

Jangan runsing-runsing. Vitamin SHAKLEE boleh membantu. InsyaALLAH! Tapi dengan syarat kita konsisten, rajin minum air dan berdoa atas usaha kita (haaa ~ bukan nursing mommy aje kena buat 3 perkara ni tau~)

Jadi, apakah vitamin yang sesuai diambil?

Vitamin yang kami cadangkan ialah Vitamin C, B-Complex dan Alfalfa.

Mengapa pula 3 jenis vitamin ni yang dicadangkan?
Meh baca dan fahamkan info ni :
Vitamin C – Ianya sebagai antioksidan yang baik. Sangat penting untuk meningkatkan antibodi seseorang.
B-Complex – Bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon.
Alfalfa – Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamanya akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.  
Jadi, adakah Trial Pack yang boleh dicuba?

Ye. Kawan-kawan boleh mencuba Trial Pack G yang kami khususkan untuk Penyakit 5 Serangkai ni. Dalam Trial Pack G ni ada :
•B-Complex (30 biji)
•Vitamin C (60 biji)
•Alfalfa (120 biji)
Bagaimanakah cara pengambilannya?
• B-Complex – 1 biji sehari (selepas makan).
• Vitamin C – 2 biji sehari. 1 biji pagi, 1 biji malam (selepas makan).
• Alfalfa – 4 biji sehari. 2 biji pagi, 2 biji malam (selepas makan).
Mudah kan? =)

Okey, siapa yang memerlukan Trial Set G ni?
  1. Individu yang mempunyai salah satu daripada penyakit 5 serangkai ini – athma (Athma), resdung (Sinus), alergi (Allergy), gegata (Hives) dan sakit kulit (Eczema).
  2. Ibu yang menyusu dan mendapati anaknya mempunyai salah satu daripada simptom tersebut turut digalakkan untuk mengambil set ini, agar nutrien yang diperlukan dapat di salurkan pada bayi anda melalui susu ibu. Selain intu, alfalfa juga sangat terkenal sejak dari dahulu lagi sebagai penggalak susu (galactagogue).
Kenapa anda perlu dapatkan set ini daripada kami, berbanding set penawar lima serangkai lain di pasaran?
1. Hanya perlu di ambil setiap hari selepas makan.
2. Tiada kesan sampingan (kerana ianya makanan tambahan, bukan ubat!)

3. Mudah ditelan. Tidak meninggalkan rasa kelat atau kurang menyenangkan pada tekak anda.

4. Didatangkan dalam bekas yang comel. Mudah dibawa ke mana-mana.

5. Boleh di hadiahkan kepada insan yang tersayang tanpa segan silu, sebab bekas ini di jamin memang comel!.

6. Harga yang ditawarkan hanya rm80 termasuk kos penghantaran (penghantaran PERCUMA). Sebelum anda membuat rawatan beratus-ribu, cubalah dahulu vitamin kami ini.

7. Cara pembelian yang mudah, pesanan di hujung jari anda sahaja.

8. Kandungan vitamin pek percubaan selama 30 hari (sebulan).

9. Anda boleh pilih untuk teruskan pembelian pek percubaan lagi untuk bulan seterusnya, atau dapatkan pakej penuh sahaja untuk lebih penjimatan.

10. Khidmat konsultasi makanan tambahan yang berterusan secara PERCUMA.

p/s : Owh ya, kami turut menawarkan pek percubaan set vitamin Shaklee mengikut keperluan harian anda. 

*credit to GenkiMomma, YourSuperMom & Rahsia Vitamin

Isnin, 26 September 2011

Basic H



Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang  terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.
Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah
  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan
Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)
Tahukah Anda?
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan
Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
Periuk, besen dan pinggan mangkuk
Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air
Tingkap dan cermin
Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
Lantai
Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air
Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

Perbezaan Shaklee
Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan
Sumber asal : Shaklee Malaysia 

    Jumaat, 23 September 2011

    Produk Catalogue

    Senarai Harga Runcit Produk Shaklee


    * Shaklee tidak mempunyai stokis, anda boleh dapatkannya di Shaklee Branch atau pengedar sah individu sahaja (seperti saya).

    INGIN MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE

    Email pieyoke@gmail.com atau SMS 019-7111701

    Pesanan dihantar terus ke pintu rumah anda dengan kadar rata RM10 bagi Semenanjung dan RM20 bagi Sabah dan Sarawak.

    Susu DROP???Dari pengalaman saya sendiri..

    Ini adalah pengalaman saya sendiri. Ramai juga ibu2 yang pernah mengalami susu merudum...Saya juga tidak terkecuali..Pada mulanya mmg rasa sangat STRESS..pelbagai persoalan timbul dikepala..Cukup ke susu anak nnt??Kenyang x  anak nnt?Camne nak wat stok kalo susu sikit..

    Sebelum ini saya tidak pernah mengalaminye sbb Tasya menyusu sehingga 5 bln sahaja. tu pun bukan sy yang stopkan, tp die sendiri yg xmau selepas saya outstation selama seminggu.masa tu pon ilmu mengenai bf ni masih kurang..untuk hero sy si Danish ni, sy mula rasa susu drop apabila umurnya meningkat ke lapan bulan.waktu tu dah nak dekat ngan bulan puasa. perasaan risau mula menguasai minda dan saya kerap stress. Ye lah tau je la kan bla puasa kita akan kurang minum..sy mula search d internet bgmn cara untuk tambahkan susu. dan waktu itu saya jumpala web yg menjual milk booster.saya pon korbankan masa dan wang ringgit untuk membeli milk booster tersebut di ipoh.mmg la antara taiping dan ipoh tidak jauh, tapi berbaloikah harga yang saya bayar nnt dengan kesan yang saya dapat..

    Pada mulanya saya ingin membeli milk booster jenama 'tut' tetapi bla d kedai tersebut saya telahpon diperkenalkan dengan SET B. So sambar je lah.demi anak tercinta kan...empat hari setelah pengambilan set b saya mula nampak perubahan..Penghasilan susu telah meningkat dan susu juga nampak lebih pekat. Anak saya pun menyusu sekejap sahaja, mungkin sbb cepat kenyang kan..so saya boleh mengepam untuk menyimpan stok...

    Selepas dari mengambil set b ini saya mula mencari apakah kelebihan set ini..dan sy telah jumpa blog MommaMia..Tengs 2 MommaMia yang telah menaikkan semula semangat saya. amalan yang saya buat sekarang
    • Kerap menyusukan bayi kerana penghasilan susu adalah berdasarkan kpd demand. Semakin kerap kita menyusukan / mengepam semakin banyak susu yang dihasilkan. so saya sekarang pon xde la nak mengelat lagi mengepam susu time kerja. Walau sesibuk mana pon saya akan tetapkan setiap 3 jam untuk mengepam susu ditempat kerja.
    • Minum 3L air sehari untuk menggantikan cecair di dalam badan kita. Bagaimana kita nak menghasilkan susu jika badan kita tidak cukup air. Kesan yang pernah saya nampak selain dari susu yang sedikit adalah saya mudah pening kepala. So bila pening tu cepat2 minum air masak satu botol.
    • Doa,doa dan doa agar Allah mempermudahkan urusan kita dan murahkan rezeki untuk anak kita....Ini juga akan mendekatkan kita pada Tuhan dan tidak melupakanNya sewaktu kita dalam kesenangan..
    Alhamdullillah, besyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan..

    credit

    Khamis, 22 September 2011

    SET D ( Skincare)

    • sesuai untuk mereka yang pentingkan penjagaan kulit dan ingin kulit yang cantik
    • juga sesuai untuk ibu-ibu yang mempunyai masalah nipple melecet
    Set ini mengandungi
    • Vita-E
    • B-Complex
    • Vita-C
    DAPATKAN
    • FULL PACK - untuk kegunaan 4 - 6 Bulan
    • TRIAL PACK - untuk kegunaan 30 hari
    Sila email ke pieyoke@gmail.com atau SMS 019-7111701
    untuk mendapatkan harga eksklusif



    AMARAN!
    Semua TRIAL PACK hanya boleh di dapati secara ekslusif dari saya dan jaringan saya iaitu Euphoria GBS. Ia TIDAK di tawarkan/ di jual / di sediakan oleh mana-mana cawangan Shaklee. Harap Maklum.

    SET C (Confinement/Berpantang)

    • sesuai untuk mereka yang baru lepas melahirkan anak, tidak kira secara normal atau c-zer
    • zinc yang terdapat didalam set ini berfungsi untuk membantu mempercepatkan proses membaikpulih luka dalaman, selain itu dapat menguatkan rambut dan kuku
    Set ini mengandungi
    • Vitalea
    • B-Complex
    • Vita-C
    • Zinc
    DAPATKAN
    • FULL PACK - untuk kegunaan 4 - 6 Bulan
    • TRIAL PACK - untuk kegunaan 30 hari
    Sila email ke pieyoke@gmail.com atau SMS 019-7111701
    untuk mendapatkan harga eksklusif



    AMARAN!
    Semua TRIAL PACK hanya boleh di dapati secara ekslusif dari saya dan jaringan saya iaitu Euphoria GBS. Ia TIDAK di tawarkan/ di jual / di sediakan oleh mana-mana cawangan Shaklee. Harap Maklum.

    SET B (BREASTFEEDING / ALFALFA SET)

    • sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak kerana terdapatnya alfalfa sebagai penggalak susu dan untuk memastikan susu ibu berkualiti dan anak mendapat nutrisi yang terbaik 
    • Juga sesuai untuk semua golongan yang ingin memastikan kesihatan ditahap yang memuaskan
    • Alfalfa tidak sesuai bagi pesakit SLE dan tidak digalakkan kepada ibu mengandung
    Set ini mengandungi
    • Vitalea
    • B-Complex
    • Vita-C
    • Alfalfa
    DAPATKAN
    • FULL PACK - untuk kegunaan 4 - 6 Bulan
    • TRIAL PACK - untuk kegunaan 30 hari
    Sila email ke pieyoke@gmail.com atau SMS 019-7111701
    untuk mendapatkan harga ekslusif





    AMARAN!
    Semua TRIAL PACK hanya boleh di dapati secara ekslusif dari saya dan jaringan saya iaitu Euphoria GBS. Ia TIDAK di tawarkan/ di jual / di sediakan oleh mana-mana cawangan Shaklee. Harap Maklum.

    SET A -OPTIMUM HEALTH

    • sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan, sibuk dan pemakanan harian yang tidak seimbang
    • sesuai untuk semua golongan, samada pelajar, lelaki, perempuan wanita mengandung atau menyusukan anak sehingga untuk warga emas
    • sesuai bagi mereka yang kerap stress, letih dan mudah mengantuk

    Set ini mengandungi
    • Vitalea
    • B-Complex
    • Vita-C
    DAPATKAN
    • FULL PACK - untuk kegunaan 4 - 6 Bulan
    • TRIAL PACK - untuk kegunaan 30 hari
    Sila email ke pieyoke@gmail.com atau SMS 019-7111701





    AMARAN!
    Semua TRIAL PACK hanya boleh di dapati secara ekslusif dari saya dan jaringan saya iaitu Euphoria GBS. Ia TIDAK di tawarkan/ di jual / di sediakan oleh mana-mana cawangan Shaklee. Harap Maklum.

    Rabu, 21 September 2011

    EUPHORIA TRIAL PACKS

                                                            PERINGATAN

    Adalah diingatkan bahawa semua tawaran dan pakej Euphoria Trial Packs hanya boleh di dapati secara EKSKLUSIF dari www.c-heart4u.blogspot.com dan jaringan kami iaitu Euphoria GBS sahaja. Ia TIDAK di tawarkan/ di jual / di sediakan oleh mana-mana cawangan Shaklee. Dimaklum.

    Kami juga turut menyediakan Pek Mini bagi mereka yang kekurangan budget untuk membeli Pek Penuh. Penghantaran adalah 2-3 hari bekerja.

    Untuk mendapatkan harga bagi Pek Mini ini sila email ke 

    pieyoke@gmail.com 

    dengan tajuk email TRIAL PACKS

    Saya akan membalas email anda dengan segera....

    Cheers,
    must_win


    Doa utk menambahkan susu

    Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.
    Ya Allah, seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini, penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan disisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku...Amin...