Rabu, 11 Mei 2011

Chicken Pox

Dua hari lepas my hubby kene chicken pox lak...ni mesti jangkit dari my seken doter..hrmmm rasanye senang lg jg my doter tu dari my hubby...ms kakak kene tu masih gak aktif...tp xbyk la yang kluar pon walaupon aku dah bagi minum air kelapa ngan sup ayam...Alhamdulliah dalam masa seminggu jer dah baik..pastu kami bawa die mandi kat kolam air panas di trong...la ni my hubby plak merana semua serba xkena...nampaknya aku dapat cuti memasak la...tapi nak mkn kat luar pon xleh..penat gak sbb kene uruskan anak seorang diri...apa yg dibimbangkan cuma takut berjangkit dengan baby tu.cian kat die sbb kecik lagi kan...Harap2 my hubby tu cepat la baik kan...

Isnin, 9 Mei 2011

Selamat Hari Ibu

Semalam adalah sambutan hari ibu. Disambut secara sederhana, xtvt seperti biasa dihari cuti. Bagiku setiap hari adalah hari ibu..Buat Mak, terima kasih kerana telah berkorban segalanya membesarkan aku adik beradik. Walau dalam kepayahan, tanggungjawab itu tetap juga digalas dengan sabar..Kini aku sebagai seorang ibu akan terus berusaha untuk menjadi seorang ibu yang hebat..Buat anak-anakku, kalian adalah permata hati ibu, menguat ibu untuk meneruskan perjalanan hidup...

Doa utk menambahkan susu

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.
Ya Allah, seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini, penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan disisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku...Amin...