Selasa, 8 Mei 2012

Resepi ESP - untuk lebih lazat


Salam,
ESP adalah best seller produk Shaklee. siapa yang dah pernak cuba tentu dah tahu kehebatannya kan..entry kali ini saya akan share cara-cara untuk bancuh ESP.tentu dah bosan kan bila hari2 bancuh dengan air suam jer.Biasanya 1 sudu dengan 1 gelas air suam.selepas ni kita buat kelainan citarasa pulak..cuba dan ikut selera masing-masing yer...  

  • ESP + Air Suam (seperti biasa.hehe)
  • ESP + Fresh Milk
  • ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu 7 selepas beberapa jam blend/shake dan mix dgn 1 sudu ESP..boost milk production malah bertenaga)
  • ESP + Susu Anmum
  • ESP + Performance Drink + Mealshakes Shaklee
  • ESP + Nesvita 3 in 1
  • ESP + jus twister tropicana 
  • ESP + Ribena
  • ESP + any jus (tembikai, oren, epal, pegaga)
  • ESP + Milo/Horlicks
  • ESP + Sirap bandung
  • ESP + Meal Shakes + Aiskrim (buatan sendiri.utk lebih sihat)
  • atau anda ade resepi sendiri..boleh sharekan yer..
 so tepuk dada tanyalah selera..saya lebih suka ESP + milo @ shake sahaja.if nak lebih bertenaga ESP + Performance drink (especially bila puasa).Ia bukan hanya utk ibu menyusu shj, tetapi untuk seisi keluarga UNTUK

1. Orang yang ingin kekal sihat..
2. Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga.
3. Kanak-kanak bersekolah
4. Ibu-ibu mengandung dan menyusu anak
5. Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan
6. Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik,
7. Ahli sukan dan bina badan
8. Soya Protein ini adalah untuk semua orang yang ingin membina dan mengekalkan badan yang sihat …dan yang inginkan kulit yang cantik


credit

Isnin, 7 Mei 2012

MEAL SHAKES Sarapan Pagi Segera Yang Berkhasiat

Meal Shakes merupakan multivitamin lengkap di dalam bentuk serbuk, yang turut mengandungi protein dan serat, sesuai diambil oleh seisi keluarga. Dengan rasa vanilla yang amat sedap..!

pic credit to : Chrysalis Nurul

Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
• Sarapan segera yang berkhasiat
• Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
• Hidangan segera untuk para atlet
• Kudapan menarik pada bila-bila masa
• Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Sesuai untuk :-

1- ibu hamil yang tak lalu nak makan, morning sickness yang teruk
2- ibu menyusu yang ada kekangan bujet untuk dapatkan ESP
3- ibu bapa kita yang dah berumur yang tak makan secara sihat & tak suka makan vitamin berbentuk pil
4- kanak-kanak & remaja yang sedang meningkat dewasa
5- anak-anak yang kurang selera makan
6- sesiapa sahaja yang selalu tak sempat untuk breakfast


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya: 

@SMS : 019-7111701
@FB : Mazwin Marjan (Add Ya) 
@Email : pieyoke@gmail.com
 

Isnin, 14 November 2011

Penyusuan : Mengapa saya mengambil supplement

Apabila bercakap tentang milk booster atau produk tambah susu badan dan dikaitkan pula dgn Shaklee.. kadang boleh membawa konflik jugak.. isu supplemen, penyusuan susu ibu, milk booster.. bla bla.. sampai ke sudah takkan habis selagi ibu itu sendiri kurang faham dgn konsep asas penyusuan..

Apa dia konsep asas penyusuan? Konsep asas adalah supply vs demand..lebih kerap payudara dikosongkan,lebih byk susu terhasil..Akan tetapi si ibu juga kene ingat.. faktor2 seperti kena jaga pemakanan (diet seharian menepati piramid makanan), rehat yg cukup, tubuh yg sihat, bebas dari stress, pengambilan air yg cukup, makanan rohani (doa yg tak pernah putus pada Allah ..Istiqamah). juga perlu di ambil kira. Itu semua gabungan yg balance utk menjayakan penyusuan selama 2tahun insyaAllah.... Kita taknaklah susu byk tapi di penghujung hari si ibu pengsan la plak karang tak cukup tenaga nak layan mcm2 kerenah,dan taknaklah juga nnt let say selepas 2tahun berjaya menyusu tapi si ibu kelihatan tua dari umur sebenar.. sakit pingganglah,sakit gigi lah,stress lah, masalah kedinginan, bla bla bla.

Kesimpulannya, vitamin bukan milk booster, Vitamin ni hanya membantu si ibu kekal sihat, bertenaga,awet muda, berseri.. dan yg penting ia memenuhi ruang kosong yg badan perlukan (vitamin, garam ,mineral).. Dan vitamin juga memperkayakan lagi nutrisi susu ibu yg semulajadi kaya dgn zat2.

Itulah sebabnya mengapa saya mengambil vitamin SHAKLEE..saya tahu saya tidak mengamalkan makanan yang seimbang..tetapi saya inginkan susu yang berkualiti untuk anak daya dalam menjayakan penyusuan sehingga 2 tahun...Apakah yang telah saya rasa setelah saya mengamalkan vitamin ini???..Marvelous...kalau saya tahu lebih awal, saya akan mulakan dari dulu lagi...So, pilihan terletak ditangan anda...
_______________________
Disini saya sertakan sedikit info mengenai vitamin2 glamor ini...demand tinggi di kalangan ibu menyusu.. sehingga ada yg memanggilnya produk tambah susu badan.." produk tambah susu badan?" bukan saya yang kata yer...yg saya kata suplemen Shaklee cume mempercepatkan penghasilan susu ibu dgn syarat kerap pam,jaga makan,rehat,doa,pengambilan air.. blabla.. semua kene balance...... Hmm.. well.. anda nilaikan sendiri....
http://4.bp.blogspot.com/_YzXbZ8ZFuQI/TFzIeenU1WI/AAAAAAAAAtw/Q216pX7BEOo/s320/vitaLea.gif
Vitalea~lengkap dgn zat besi.Ianya diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Ia dapat Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh dan Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjqAs_a8GBM6XsFsNDkmCImlka3J2fPSwcwKbveIMg8e4GYSKTi1ZvaCvLawGfaxXp3zC6SuFAo_vQZ0HNZxI5B0StBnQJ3G6KXB9fhLejb2qAAMyTXMNQo1-Dg0Wmm-B1ycV10hyphenhyphen_O1_-H/s1600/bComplex.gif
Vitamin B-Complex menyokong fungsi saraf dan menukarkan tenaga dari makanan. Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh
http://healthy.babykawaiistore.com/wp-content/uploads/2011/06/vitaC500mg.gif
Vitamin CVitamin C merupakan bahan antioksida berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Utk kulit yang cantik, anda perlukan Vitamin C
http://i1.lelong.com.my/Malaysia/Shaklee-Energizing-Soy-Protein-Canister-850g-1002-13-btakyew@1.jpg
ESP (Energizing soy protein) – Tubuh manusia tidak mampu menghasilkan semua asid amino yang diperlukan. Sedangkan asid amino ni penting utk pembentukan enzim, hormon, tisu dan sel. Shaklee ESP membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amino Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIZmYbND9fCGC-OgLyZMmNecfrWe-aGQBeccVXqdDddpwFgaL6QHUtiulOhZ5KRIFu6Z2dVnG-JCKv0fBFk1_E8iZHHMYvH9fTKNPKVJAdK0LECjZw_Ke6xqwxsjpfQBVyTDjv58UJ4V4/s1600/Image15236829.jpg
Ostematrix (Calcium Magnesium) – diperlukan untuk menyokong pertumbuhan tulang dan gigi dan juga mengurangkan risiko osteoporosis
http://www.my1stop.com.my/phpthumb/phpThumb.php?src=../catalogue/photos/11473.jpg&w=285&q=100
Alfalfa adalah galactagogue yg turut membantu menggalakkan penghasilan susu ibu secara natural dan alfalfa juga berfungsi utk keintiman wanita.
________________________________________________________

Soalan terakhir, set penyusuan yg mana yg sesuai utk anda?



credit

Rabu, 2 November 2011

Tempoh menyusukan bayi

Mengenai lama waktu menyusukan anak, yang tentunya dilakukan untuk kepentingan sama ada anak mahupun ibu, sesungguhnya telah ada ketentuan dari  Allah SWT, sebagaimana firman-Nya:



Ertinya:

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.

(Al-Baqarah, 233)
Namun demikian, pembatasan masa menyusukan anak dalam 2 tahun ini,  juga tidaklah dapat dinyatakan sebagai ketentuan wajib yang mutlak. Tetapi ditujukan bagi para ibu yang ingin menyempurnakan penyusuan anaknya itu.

Menerusi ayat ini, maka nampak semakin jelas bahawa, batas waktu menyusukan anak yang 2 tahun itu, bukanlah ketentuan wajib mutlak, namun semata-mata sebagai pedoman untuk menghindari timbulnya perselisihan antara suami dan isteri mengenai lamanya waktu menyusukan anak. Jadi, jika ayah menghendaki agar anaknya disapih sebelum mencapai usia 2 tahun, sedangkan ibunya tidak setuju, maka hendaknya perbezaan itu tidak membuat mereka berselisih. Atau dengan kata lain, keputusan untuk menyapih anak sebelum berusia 2 tahun, tidak boleh sepihak, tapi harus merupakan hasil mesyuarat mufakat.
Kemungkinan penyapihan anak sebelum berusia 2 tahun,memang boleh saja terjadi, lantaran misalnya, ibunya merasa bosan dan lelah dalam melakukan kegiatan menyusukan anaknya. Atau boleh pula kerana ayahnya menghentikan pembayaran upah menyusukan anaknya (bagi mereka yang diupahkan).
Keinginan dari kedua orang tua (ibu bapa) untuk menyapih anaknya sebelum genap berusia 2 tahun itu, hendaknya perlu dipertimbangkan secara matang, supaya tidak membawa kesan negatif bagi pertumbuhan dan kesihatan anak. Selain itu, penyapihan anak sebelum berusia 2 tahun, hendaknya hanya dilakukan dengan pertimbangan dan alasan yang tepat dan tidak semata-mata untuk kesenangan kedua orang tuanya. Ada baiknya jika rancangan menyapih bayi itu disampaikan terlebih dahulu kepada pihak ketiga (misalnya ulama atau doktor) untuk meminta pertimbangan mereka, agar akibat yang timbul dari keputusan menyapih itu kelak, dapat dipertanggung jawabkan dari segala segi.

Oleh sebab itu, Imam Ibnu Katsir berpendapat bahawa; “Jika keputusan menyapih anak sebelum 2 tahun itu merupakan hasil mesyuarat dari kedua orang tua dengan pihak lain yang lebih memahami, di mana keputusan semata-mata untuk kepentingan bayinya, maka boleh dilakukan. Namun jika antara kedua orang tua itu sendiri belum ada kata sepakat, hendaknya menyapih anak sebelum berusia 2 tahun itu, jangan dilakukan. Lantaran memberikan sesuatu yang terbaik untuk anak, merupakan kewajipan dari kedua orang tua anak tersebut. Jadi keputusan menyapih anak sebelum berusia 2 tahun, harus disokong bersama”.
Pendapat Ibnu Katsir ini, juga disokong oleh antara lain Imam Al Sauri dan Imam lainnya.
Begitu adil dan bijaksana serta sempurnanya berbagai petunjuk Allah SWT kepada manusia, dalam hal merawat dan melindungi bayi mereka yang memang tidak berdaya itu, sehingga diharuskan kepada kedua orang tua untuk memenuhi beberapa syarat tertentu sebelum memutuskan menyapih anaknya. Dan hanya jika syarat-syarat tersebut telah mereka penuh,maka barulah Allah SWT menyatakan “tidak berdosa bagi keduanya” (Al Baqarah: 233). Yang dengan kata lain, Allah SWT baru mengizinkan perbuatan menyapih bayi kedua orang tua itu,walaupun belum genap berusia 2 tahun.

Selain itu, ayat tersebut juga menunjukkan sisi lain dari kewujudan manusia yang sesungguhnya. Yakni bahawa, kemampuan manusia itu sangatlah terhad, baik fizikal mahupun akal dan fikirannya. Sehingga dalam keadaan yang seperti itu, manusia memang selalu memerlukan taufik dan hidayah Allah SWT untuk menyempurnakan keterbatasannya itu, supaya keselamatan manusia tetap terpelihara selamanya, dengan adanya jaminan perlindungan kehidupan pada anak keturunannya (bayi).

Yang menarik, ada lagi satu pendapat dari Ibnu Abbas yang menyatakan bahawa; “Bagi wanita yang melahirkan anank setelah mengandung 6 bulan, maka wanita itu harus menyusukan bayinya selama 2 tahun penuh. Sedangkan jika mengandungnya 7 bulan, maka ia harus menyusukan bayinya selama 23 bulan.
Pendapat Ibnu Abbas itu bertitik bertolak dari firman Allah SWT:

Ertinya:
”Mengandungya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan.”
(Al Ahqaaf: 15)

Menurut pendapat beliau, ayat ini menjelaskan 2 masa yang harus dilalui oleh setiap ibu yakni, masa hamil dan masa menyusukan bayi, yang lamanya atau jumlah waktu dari kedua-dua masa itu adalah 30 bulan. Oleh itu, lama waktu dari salah satu masa tersebut, akan mempengaruhi lama waktu masa yang lain. Ertinya, jika seorang ibu mengandung anaknya dalam waktu yang lama, maka masa menyusukan anaknya kelak akan menjadi singkat. Begitu pula sebaliknya, jika masa mengandung anaknya relatif cepat, maka masa menyusukan anaknya menjadi panjang. Yang jelas, jumlah waktu dari kedua-dua masa tersebut harus 30 bulan.

Namun demikian, tidak semua ulama fiqh sependapat dengan Ibnu Abbas, lantaran menurut mereka; kedua-dua masa itu telah lazim diketahui,agar sempurna susuan setiap anak yang dilahirkan.
Sedangkan menurut Imam Al Qurtubi; masa menyusui yang disebut dalam Al Qur’an; dua tahun itu, tidak selalu bererti 2 tahun penuh, atau 2 tahun mutlak. Akan tetapi, ertinya kurang lebih 2 tahun. Jadi, boleh 2 tahun penuh dan yang lain sebahagian saja, kerana apabila orang berkata: “Saya tinggal bersama si Fulan selama 2 tahun”. Yang dimaksud biasanya,1 tahun lebih beberapa bulan saja.

Dari berbagai hujah tersebut di atas, maka dapat diambil kesimpulan bahawa, perintah Allah SWT dalam Al-Qur’an agar ibu menyusukan anaknya, bukan perintah yang mutlak wajib. Namun, semata-mata merupakan rahmat Allah untuk kemaslahatanibu dan anak, atau dengan kata lain ditujukan untuk menjaga berbagai kemungkinan gangguan kesihatan ibu dan anak.

Dengan demikian, apabila dalam menyusukan anaknya, seorang ibu merasa mendapat kesulitan, halangan atau mudarat,maka kegiatan menyusukan anak tersebut boleh ditunda, diberhentikan atau diberikan kepada wanita lain yang mahu menerima upah menyusukan.

credit

Isnin, 24 Oktober 2011

KOLOSTRUM : Cecair bernilai EMAS






Engkau dah beranak nanti, mesti buang susu awal yang basi tu tau, nanti anak kau pula yang sakit, pesan Halimah kepada anaknya yang bakal melahirkan anak sulung kelak.
“Eh, hari pertama tu kau dah ada susu ke? Aku sampai hari ketiga baru susu keluar. Terpaksalah aku bagi anak aku susu tepung sementara menunggu tu keluh Aina pula kepada rakan karibnya Maryam.
“Kenapa ye, hari kedua bayi aku lahir, aku perah susu tu warna kuning? Bukan susu patut warna putih ke? Elok ke bagi kat bayi aku tu?” Soal Lina bertalu-talu kepada Husna. Risau benar dia.
Sesungguhnya, apa yang dibualkan di atas adalah persoalan-persoalan yang sering diajukan oleh ibu- ibu muda. Malah, terdapat pelbagai lagi mitos yang diutarakan mengenai cecair kuning yang pekat dan melekit ini.
Cecair yang dimaksudkan adalah kolostrum atau susu yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.
Apakah sifat -sifat cecair yang amat istimewa ini? Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar darah putih oleh sesetengah pakar kanak -kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A.
Apakah pula kepentingan kolostrum ini? Benarkah pandangan warga dahulu kala yang mengatakan kolostrum ini sebagai susu basi? Tidak sama sekali, malah pelbagai kajian telah dilakukan dan kesemua kajian ini bersetuju bahawa kolostrum dapat memberikan perlindungan maksimum kepada bayi dari sebarang jangkitan. Oleh kerana ia juga bersifat laksatif, ia dapat mempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan di antara faktor utama terjadinya jaundis (demam kuning). Kolostrum yang mengandungi banyak Faktor Pertumbuhan ini juga dapat mematangkan usus dan seterusnya dapat mengurangkan risiko alergi. Ia turut dapat mengurangkan kesan penyakit dan kandungan vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata pada bayi. Ini amat bersesuaian sekali dengan firman Allah yang bermaksud:

“Pada kejadian kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang melata yang bertebaran, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah), bagi kaum yang meyakininya.(Al-Jathiyah: 4).”
Begitu juga dengan firman Allah swt dalam surah az-Zariyat ayat 20 dan 21 yang bermaksud,
Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin. Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?”.
Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Immunoglobulin A (SIgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan (sistem imuniti) untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus. SIgA adalah sejenis antibodi yang terdapat di dalam kolostrum dengan jumlah yang sangat tinggi. Kira-kira 80-90% daripada immunoglobulin di dalam kolostrum dan susu adalah terdiri daripada jenis SIgA. Kepekatannya boleh meningkat setinggi 12g/L di dalam kolostrum dan serendah 1g/L di dalam susu matang. Sebaliknya, disebabkan proses-proses yang perlu dilakukan ke atas, susu formula tiada langsung mengandungi SIgA.
Seorang bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif akan mendapat kira-kira 125mg/kg/hari SIgA pada umur sebulan, dan lebih kurang 75mg/kg/hari ketika berumur 4 bulan. Walaupun kepekatan SIgA di dalam kolostrum menurun dengan drastiknya dalam masa beberapa hari selepas kelahiran, tetapi dalam pada masa yang sama jumlah susu ibu turut meningkat dengan tingginya. Oleh itu jumlah total SIgA adalah hampir kekal sepertimana di awal kelahiran.
Manakala paras SIgA di dalam susu ibu yang melahirkan bayi pramatang adalah lebih tinggi berbanding dengan susu ibu yang melahirkan bayi matang. Bayi pramatang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit-penyakit yang berbahaya seperti Necrotizing Enterocolitis (NEC), sepsis, meningitis dan jangkitan virus. Kandungan antimikrob seperti immunoglobulin yang tinggi di dalam susu pramatang akan membantu untuk melindungi bayi pramatang daripada penyakit- penyakit tersebut.
Para saintis sudah membuktikan bahawa antibodi jenis SIgA dapat melawan pelbagai jenis bakteria, terutamanya bakteria yang berasal dari sistem usus bayi. SIgA adalah sejenis antibodi yang stabil dan berdaya tahan terhadap enzim proteolitik (enzim pemecah protein) di dalam perut, berbanding dengan antibodi jenis lain. Ketika bayi sedang menyusu, antibodi yang terdapat di dalam susu ibu ini akan bergerak masuk ke dalam saluran perut dan usus. Di dalam perjalanan itu, ia akan bergabung dengan mikrob-mikrob yang terdapat pada membran mukosa (sejenis lapisan yang melapisi sistem usus). Dengan itu, ia dapat menghalang mikrob daripada melekat pada sel-sel usus. Proses pelekatan mikrob pada sel usus merupakan langkah pertama untuk berlakunya sebarang jangkitan kepada bayi. Dengan itu, SIgA berfungsi sebagai salah satu sistem pertahanan bayi yang utama untuk melawan jangkitan usus. Maha Suci Allah, ciptaanNya amat hebat dan tidak mampu disaingi oleh mana-mana ciptaan manusia. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Firman Allah yang bermaksud:
“Yang telah menciptakan (sekalian makhluk-Nya) serta menyempurnakan kejadiannya.” (Al-A’la : 2)”
Kajian - kajian klinikal telah menunjukkan bahawa SIgA yang terdapat di dalam susu ibu mampu untuk melawan kuman seperti Vibrio cholerae (kuman untuk penyakit taun), enterotoksigenik E. coli, Campylobacter, Shigella dan Giardia lamblia. Kuman- kuman tersebut biasanya yang menyebabkan keracunan makanan pada manusia. SIgA mampu melindungi bayi daripada serangan cirit-birit yang disebabkan oleh kuman-kuman tersebut. Begitulah istimewanya SIgA yang hanya terdapat di dalam susu ibu.
Tidak dinafikan juga, susu ibu terutamanya kolostrum merupakan immunisasi pertama & terpenting bagi setiap bayi. Ketika bayi masih di dalam rahim ibu, dunia bayi adalah dunia yang selamat, bersih dan tidak tercemar oleh sebarang kuman mahupun jangkitan. Ini kerana rahim ibu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada bayi yang masih lemah. Rahim ibu bolehlah dianggap sebagai kawasan vakum yang tidak boleh dilolos oleh sebarang kekotoran. Namun, sebaik sahaja bayi dilahirkan, dunia kecilnya yang selamat itu telah bertukar menjadi sebuah dunia yang amat luas dan penuh dengan pancaroba kuman dan jangkitan.
Allah swt itu Maha Kaya dan Maha Pencipta. Dicipta-Nya kolostrum (susu awal ibu) dengan hikmahnya yang tersendiri. Kolostrum merupakan sumber pertahanan yang terpenting bagi bayi yang baru lahir. Ia mengandungi antibodi dan sel-sel hidup yang mampu menyelamatkan bayi sebelum diberikan imunisasi formal (BCG, DPT, vaksin polio dan lain-lain). Inilah merupakan satu contoh sumber bukan nutrisi yang hanya terdapat di dalam susu ibu. Benarlah firman Allah swt yang bermaksud,
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)?. (surah at-tin: 4)”
Fisiologi jumlah isipadu kolostrum
Jumlah total kolostrum pada 24 jam pertama selepas lahir adalah sedikit (dipetik dari Riordan, 2005), tetapi sebenarnya jumlah ini sudah mencukupi untuk bayi itu. Secara puratanya hanya 37 ml kolostrum dihasilkan dalam satu hari (24 jam), dengan julat dari 7 hingga 123 ml, bergantung kepada penghasilan pada seseorang ibu tersebut. Jumlah ini semakin bertambah secara beransur- ansur dalam 36 jam pertama dan ia akan bertambah secara mendadak dalam 49-96 jam berikutnya. Pada hari kelima, jumlah isipadu total akan mencapai 500 ml / sehari. Jumlah ini seterusnya semakin meningkat ke 750 ml / sehari dalam selang masa 3 hingga 5 bulan penyusuan secara eksklusif. Apabila bayi mencapai umur 6 bulan, purata pengambilan susu adalah 800 ml / sehari.
Berdasarkan jumlah kolostrum pada 3 hari pertama kelahiran, ramai ibu merasa risau dan berpendapat bahawa susunya tidak mencukupi untuk bayi itu. Tidak ramai yang mengetahui bahawa jumlah yang sedikit (37 ml) itulah sebenarnya yang hanya diperlukan oleh bayi. Itulah sejumlah yang kecil untuk keperluan dan saiz perut yang kecil. Sesungguhnya persoalan susu tidak cukup pada hari ? hari pertama kelahiran adalah tidak wajar diutarakan. Jika ibu itu mengharapkan susunya mengalir mencurah-curah sehingga 500ml pada hari pertama, memanglah mustahil. Ini kerana bayi yang masih kecil itu tidak memerlukan jumlah susu yang banyak pada mulanya. Indah sungguh ciptaan Mu ya Allah. Kau jadikan sesuatu itu cukup berdasarkan keperluannya. Tidak lebih dan tidak kurang. Mengapa masih ramai yang ragu dengan ciptaan-Mu yang satu ini? Sedangkan Kau juga telah berfirman yang maksudnya:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (surah Luqman: 14).
Maka yakinlah, jika seseorang ibu itu mampu mengandung dan melahirkan anaknya, maka mengapa pula dia tidak mampu menyusukan anak itu dengan susunya sendiri?
Antara tips-tips yang penting untuk memastikan bayi mendapat kolostrum dengan secukupnya pada hari-hari awal kelahiran adalah dengan meletakkan bayi kepada ibu dengan sentuhan kulit ke kulit sebaik sahaja bayi dilahirkan. Seterusnya, usahakan agar bayi dapat menyusu dengan baik dan melekap dengan betul di payudara. Ini penting agar proses stimulasi dapat berlaku dengan lancar di samping dapat mengeluarkan kolostrum dari payudara dengan efektif. Jika ibu tidak mahir, maka segera dapatkan bantuan dari doktor, bidan ataupun jururawat yang bertugas. Antara tips- tips lain yang tidak kurang pentingnya adalah, sentiasa susukan bayi pada bila-bila masa sahaja yang dia mahu. Biarkan bayi bersama ibu sepanjang masa (rooming in) dan elakkan dari bayi dibiarkan di bilik bayi atau nursery? ketika berada di hospital. Rooming in amat penting agar ibu sentiasa memantau keadaan bayi dan segera menyusukannya bila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu. Ia juga penting untuk mengelakkan kes jangkitan silang (cross infection) yang mungkin berlaku kepada jika bayi ditinggalkan di bilik bayi. Susukan bayi dengan susu ibu sahaja dan elakkan pemberian air lain seperti air kosong, air teh, air glukos mahupun susu formula. Dengan itu, bayi akan mendapat kebaikan susu ibu sepenuhnya tanpa dicemari oleh alternatif lain.
Sewajarnya setiap ibu haruslah memberikan bayi mereka kolostrum yang sangat berkhasiat itu demi kesihatan dan pertumbuhan bayi yang tercinta. Sesungguhnya kasih ibu sentiasa padu dan salah satu caranya untuk membuktikan kasih itu adalah dengan memberikan nutrisi yang terbaik untuk anak -anak. Dan sesungguhnya, tiada nutrisi lain yang sebaik dan seistimewa susu ibu. Hapuskanlah kerisauan mengenai mitos-mitos yang menyelubungi kolostrum ini kerana sesungguhnya setiap ciptaan yang Allah jadikan itu adalah yang sebaiknya untuk umat manusia.

credit

Keberkatan Susu Badan

AMALAN penyusuan susu ibu sering dikaitkan dengan budaya tradisional oleh ibu yang mendakwa diri mereka lebih moden. Pelbagai tanggapan negatif dilemparkan mengenai amalan penyusuan itu dengan menyatakan kaedah itu menyebabkan susuk bentuk badan berubah dan akan kelihatan tidak menarik.
Malah, ada yang mempunyai persepsi memberi susu formula lebih mudah kerana terikut-ikut aliran trend moden yang ingin menjimatkan masa. Tidak kurang juga ada segelintir ibu yang kurang yakin pada diri sendiri untuk menyusukan anak mereka lantaran bimbang payu dara menjadi sakit, bengkak atau menjadi kendur.
Betulkah semua tanggapan sedemikian? Sebenarnya payu dara wanita adalah anugerah Allah yang amat istimewa kerana dapat membekalkan susu untuk anak-anak mereka. Kaedah penyusuan susu badan mengandungi hikmah cukup besar kepada ibu dan anak. Ketahuilah penyusuan itu bukan saja digalakkan dalam Islam malah hal itu diakui pakar pemakanan dan kesihatan yang menyatakan susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi. Hakikatnya pada tahap awal pembesaran seseorang bayi, mereka sangat memerlukan khasiat pemakanan yang baik dan sesuai untuk menghindari sebarang penyakit. Susu ibu mempunyai antibodi yang utama untuk melindungi bayi daripada jangkitan kuman, virus dan bakteria terutama pada bahagian usus dan paru-paru bayi itu. Pemberian susu badan adalah yang terbaik kerana ia sesuai dengan sistem pencernaan bayi. Atas faktor itulah kita dapati bayi yang menyusu badan akan meminum susu lebih kerap berbanding bayi yang meminum susu formula. Hal ini disebabkan susu ibu itu mudah hadam. Ibu seharusnya menyedari seseorang bayi secara fitrahnya tidak dapat menerima makanan yang keras kerana keadaan sistem penghadaman mereka belum mencapai tahap matang.
Justeru, susu ibu lebih sesuai dan berkesan untuk bayi mereka kerana lebih halus dan lembut. Satu faktor yang ibu harus fahami ialah menyusukan bayi dengan susu sendiri dari segi psikologi akan memberi kesan positif pada pertumbuhan dan perkembangan mental. Hal itu diakui oleh pakar Barat yang mengkaji kebaikan susu ibu. Sekumpulan penyelidik dari Adelaides Flinders Medical Centre, Amerika Syarikat melaporkan bayi yang diberi susu ibu 40 peratus lebih cerdas berbanding bayi susu formula. Ini membuktikan susu ibu dianugerahkan Tuhan untuk bayi sepatutnya diambil peluang sepenuh oleh ibu. Susu ibu sangat berkesan untuk perkembangan otak bayi kerana terdapatnya kandungan DHA, iaitu sejenis asid lemak yang mampu bertindak meninggikan tahap perkembangan mental bayi.
Dengan itu dapat difahami jika seseorang bayi menyusui dada ibu lebih kerap dan dalam tempoh yang lama, tentu akan memberi impak positif kepada pertumbuhan dan perkembangan mental. Keadaan ini bersesuaian dengan kehendak Islam yang sangat menggalakkan ibu menyusui bayi mereka.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud: Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bayi yang ingin menyempurnakannya. Maksud intipati ayat itu ialah satu kewajipan buat ibu menyusui bayi mereka dan seharusnya menyempurnakan hak bayi untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu.
Susu ibu juga pengikat kasih sayang antara ibu dan bayi. Dengan belaian mesra, pelukan erat dalam dakapan ibu akan mengalirkan unsur kasih sayang sejati yang tiada taranya antara ibu dan bayi. Bayangkan, dalam kenikmatan yang tidak ternilai yang dialami bayi semasa proses penyusuan membuatkan bayi itu terlena. Malah, bayi berasa aman, selamat dan harmoni dalam dakapan seorang ibu semasa meminum susu ibu mereka. Indahnya anugerah Allah.
Ibu seharusnya bangga dapat menyusukan anak-anak mereka kerana inilah darjat ketinggian seorang ibu yang dianugerahkan Allah yang tidak dikurniakan kepada golongan bapa. Apa tidaknya, kerana susu yang diminum oleh bayi mereka bukan saja sebagai tali pengikat kasih sayang yang luhur murni malah menjadi komponen asas proses pembesaran bayi. Disebabkan itulah dalam Islam mewajibkan seorang anak itu sentiasa menghormati dan menjaga ibu mereka sebagai tanda kasih sayang dan terhutang budi membesarkan mereka.
Firman Allah dalam Surah Al-Isra ayat 17-23 yang bermaksud: Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang antara kedua-duanya sampai lanjut dalam pemeliharaanmu, maka jangan sekali-kali kamu mengatakan kepada kedua-duanya ah dan janganlah kamu membantah, menengking dan menyergah mereka dan ucapkanlah perkataan yang mulia. Alangkah murninya suruhan Allah kepada kita semua dan betapa mulianya darjat kedua-dua ibu bapa kita di sisi Allah.
Namun demikian kita amat sedih membaca laporan Kementerian Kesihatan yang dikeluarkan pada 2008 menyatakan budaya penyusuan badan di kalangan ibu di Malaysia kini berada pada tahap sangat rendah, iaitu hanya 14.5 peratus daripada mereka yang mengamalkan kaedah itu kepada bayi sehingga berumur enam bulan. Masalah itu berpunca daripada kejahilan mengenai nilai susu badan, kurang sokongan anggota keluarga dan kaki tangan penjagaan kesihatan serta kembali bekerja sebaik saja tamat tempoh cuti bersalin yang diwajibkan. Menurut laporan itu lagi, faktor lain ialah kesan atau pengaruh iklan komersial makanan bayi yang menggambarkan seolah-olah ia sama manfaatnya dengan susu ibu.
Sehubungan itu, kementerian sudah mengambil beberapa langkah untuk mengatasinya. Antaranya ialah merangka kod etika produk formula bayi yang berkuat kuasa pada Ogos tahun lalu bagi melindungi, mempromosi dan menyokong amalan penyusuan susu ibu. Ini adalah langkah tambahan daripada apa yang pernah dilaksanakan pada 1979 yang didapati kurang berkesan. Antara lain Kod Etika Produk Formula Bayi itu memberikan garis panduan yang jelas untuk mengawal promosi yang kompetitif dan mengelirukan golongan ibu. Tujuan utama kod berkenaan ialah untuk memastikan pekilang dan pengedar agar jangan memasar, mempromosi atau mengiklankan produk dalam cara seolah-olah mencabar atau menggambarkan mengatasi mutu dan kualiti terbaik susu ibu.
Sudah tentu langkah kementerian itu kena pada masanya dan sangat berkesan dalam mendidik wanita mengenai kelebihan susu ibu. Sedarilah ibu bahawa penyusuan susu ibu bukanlah sesuatu yang sukar dilakukan dan tidak langsung mendatangkan kesan sampingan kepada diri ibu dan bayi malah menjadi sumber pemakanan terbaik. Gunakanlah anugerah Allah itu sebaik mungkin kerana susu ibu sesuai sepanjang zaman. Binalah keberkatan membesarkan anak-anak dengan memberi susu sendiri. Menepati kehendak agama dan berkhasiat menurut kajian saintifik.

credit

Risiko bayi dan kanak-kanak minum susu formula


Dibandingkan dengan susu ibu, susu formula  hilang banyak perkara yang bayi perlukan untuk kuat, sihat dan cerdas. Tahukah anda:
Bayi yang minum susu formula mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat:
  • Jangkitan telinga
  • Cirit-birit / sembelit
  • Pneumonia (radang paru-paru)
  • SIDS (Sudden Infant Death Syndrome) – Sindrom Kematian Bayi Mendadak
Kanak-kanak yang diberi susu formula mempunyai risiko yang lebih besar untuk:
  • Obesiti (menjadi gemuk)
  • Diabetes
  • Asma dan alergi
  • Kanser
credit

Doa utk menambahkan susu

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.
Ya Allah, seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini, penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan disisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku...Amin...