Jumaat, 23 September 2011

Susu DROP???Dari pengalaman saya sendiri..

Ini adalah pengalaman saya sendiri. Ramai juga ibu2 yang pernah mengalami susu merudum...Saya juga tidak terkecuali..Pada mulanya mmg rasa sangat STRESS..pelbagai persoalan timbul dikepala..Cukup ke susu anak nnt??Kenyang x  anak nnt?Camne nak wat stok kalo susu sikit..

Sebelum ini saya tidak pernah mengalaminye sbb Tasya menyusu sehingga 5 bln sahaja. tu pun bukan sy yang stopkan, tp die sendiri yg xmau selepas saya outstation selama seminggu.masa tu pon ilmu mengenai bf ni masih kurang..untuk hero sy si Danish ni, sy mula rasa susu drop apabila umurnya meningkat ke lapan bulan.waktu tu dah nak dekat ngan bulan puasa. perasaan risau mula menguasai minda dan saya kerap stress. Ye lah tau je la kan bla puasa kita akan kurang minum..sy mula search d internet bgmn cara untuk tambahkan susu. dan waktu itu saya jumpala web yg menjual milk booster.saya pon korbankan masa dan wang ringgit untuk membeli milk booster tersebut di ipoh.mmg la antara taiping dan ipoh tidak jauh, tapi berbaloikah harga yang saya bayar nnt dengan kesan yang saya dapat..

Pada mulanya saya ingin membeli milk booster jenama 'tut' tetapi bla d kedai tersebut saya telahpon diperkenalkan dengan SET B. So sambar je lah.demi anak tercinta kan...empat hari setelah pengambilan set b saya mula nampak perubahan..Penghasilan susu telah meningkat dan susu juga nampak lebih pekat. Anak saya pun menyusu sekejap sahaja, mungkin sbb cepat kenyang kan..so saya boleh mengepam untuk menyimpan stok...

Selepas dari mengambil set b ini saya mula mencari apakah kelebihan set ini..dan sy telah jumpa blog MommaMia..Tengs 2 MommaMia yang telah menaikkan semula semangat saya. amalan yang saya buat sekarang
  • Kerap menyusukan bayi kerana penghasilan susu adalah berdasarkan kpd demand. Semakin kerap kita menyusukan / mengepam semakin banyak susu yang dihasilkan. so saya sekarang pon xde la nak mengelat lagi mengepam susu time kerja. Walau sesibuk mana pon saya akan tetapkan setiap 3 jam untuk mengepam susu ditempat kerja.
  • Minum 3L air sehari untuk menggantikan cecair di dalam badan kita. Bagaimana kita nak menghasilkan susu jika badan kita tidak cukup air. Kesan yang pernah saya nampak selain dari susu yang sedikit adalah saya mudah pening kepala. So bila pening tu cepat2 minum air masak satu botol.
  • Doa,doa dan doa agar Allah mempermudahkan urusan kita dan murahkan rezeki untuk anak kita....Ini juga akan mendekatkan kita pada Tuhan dan tidak melupakanNya sewaktu kita dalam kesenangan..
Alhamdullillah, besyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan..

credit

Tiada ulasan:

Doa utk menambahkan susu

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.
Ya Allah, seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini, penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan disisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku...Amin...